Sunday 10 June 2012

Freddie The Queen

     
    Kenal tak korang dgn band nie?lagu2 seperti "Bohemian Rapsody", "Killer Queen", dan "We are the champions" yg masih menjadi siulan ramai hingga sekarang dan mengangkat band nie menjadi sebuah band yg terulung sepanjang zaman.Dan tulang belakang yg telah mengangkat band nie tidak lain tidak bukan Freddie Mercury selaku vokalis band tersebut..Mungkin korang lagi konfuse,takpe,untuk blog aku kali nie,aku akan menceritakan serba sedikit pasal insan seni yg bernama Freddie Mercury.

                                                           
   Freddie atau nama sebenarnya Farrokh Bulsara dilahirkan pada 5 September 1946 di Kepulauan Zanzibar.Beliau sebenarnya berketurunan Parsi.Beliau membesar di sana lalu berhijrah ke India di usia remaja.Ketika usianya lapan tahun,beliau dihantar ibu-bapanya St. Peter's School.Di sekolah tersebutlah beliau mula dikenali sebagai Freddie Mercury.Ketika usia Freddie 17 tahun,beliau dan keluarganya berhijrah ke England atas sebab keselamatan kerana pd ketika itu pejuang revolusi Zanzibar mengarahkan supaya  orang Arab dan Parsi dibunuh.            

                                                               

    Pada April 1970,Fredie menyertai gitaris iaitu Brian May dan pemain drum iaitu Roger Taylor yg sebelumnya di dalam band "Smile",walaupun mendapat banyak tempahan dalam pemberian nama oleh ahli kumpulan,Freddie telah memilih "Queen" sebagai nama band mereka dan nama "Queen" akan terus diguna pakai sehingga sekarang.

                                                           
  Walaupun suara Freddie ketika bercakap hanya di paras baritone,dia menyanyikan kebanyakan lagunya dalam bentuk tenor.Malahan,suaranya boleh mencapai paras F5,iaitu antara  paras tertinggi dalam vokal.Freddie juga dkenali dgn bentuk persembahannya yg  berbentuk teatrikal dan penuh dgn kejutan.Antara persembahan  Freddie dan band The Queen yg paling diingati ialah semasa mereka mengadakan konsert di Live Aid pada tahun 1985 di mana 72000 peminat di dalam bertepuk tangan, bernyanyi seperti dipukau sesuatu.Persembahan The Queen pada konsert tersebut telah diundi oleh sekumpulan eksekutif muzik sebagai salah satu persembahan pentas paling terhebat oleh band muzik.

                                                             
   
                                                            
  Sepanjang hidupnya,Freddie telah terlibat dgn beberapa hubungan.Antaranya dgn Mary Austin dan Jim Hutton,seorang penggaya rambut yg disahkan menghidap HIV positive.Mereka tinggal bersama selama 6 tahun,Hutton jugalah yg selama ini menjaga dan merawat Freddie ketika Freddie sakit sehingga dia menghembuskan nafas yg terakhir akibat penyakit AIDS.Pada 27 November,jenazah Freddie Mercury telah dilaksanakan mengikut upacara Zoroster oleh kerana beliau beragama Zoroster atau Majusi (menyembah api).

                       
       Walaupun kematian Freddie nie sungguh tragis.Namun, jasanya dalam bidang muzik tidak mungkin akan dilupakan bukan hanya rakan2 seperjuangannya tetapi juga anak2 muda yg ingin berkecimpung dalam dunia muzik.Perjalanan untuk menjadi seorang bukanlah senang seperti yg dilalui oleh Freddie Mercury. :)                             
         

1 comment:

  1. Sedih juak.. Sebab AIDS ia, semua bakatnya hilang..

    ReplyDelete