Wednesday 30 May 2012

Kenali Muzik Anda

             Sedang kita berjalan di shopping  mall,duduk kat library,tunggu bas,malah kencing kat dalam tandas,pasti kita akan nampak beberapa atau ramai budak2 remaja malahan yg dewasa sekalipun sedang khusyuk mendengar muzik sehinggakan diorang tak aware dgn apa yg berlaku kat sekeliling diorang.Inilah fenomena yg berlaku kat dunia kita sekarang.Dari segi luaran,benda nie kelihatan harmless kalau dilihat dari luaran.Tapi,percayalah apa yg muzik boleh lakukan kpd seseorang.

            Kumpulan terlaris,Metallica dalam lagunya yg bertajuk "Jump Into The Fire" mengarahkan anak muda untuk terjun ke dalam neraka.Antara lirik berikut yg telah aku terjemah dlm bahasa Melayu berbunyi seperti berikut "Ikutilah aku anakku,lakukan apa yg aku suruh,terjunlah atas kemahuanmu atau aku akan menyuruhmu dgn paksa".Selain itu,dalam lagu mereka yg bertajuk "The Prince",lirik yg mereka nyanyikan adalah seperti berikut "Malaikat dari bawah,aku ingin menjual jiwaku,syaitan,ambillah jiwaku.Dengan berlian sebagai pampasanmu,aku sudah tidak peduli akan syurga,dan aku akan membakar dalam neraka dari hari aku mati".

                                                                     
                                                                   
                                                               
    Lagu Death Metal pula mempunyai lagu2 yg mempunyai unsur keganasan,pembunuhan,penyeksaan,
pemerkosaan,kanibalisme,perpecahan dan kekacauan.Ada juga dalam kalangan mereka yg mengagumi Tuhan Pagan dan Nazisme.Sebagai contoh,kumpulan Deicide mempunyai lagu yg berkaitan dgn keseronokan membunuh Jesus.Ada juga yg terlalu fanatik akan lagu death metal nie sehinggakan mereka sanggup membunuh.Pada bulan Oktober thn 1997,Luke Woodham dari Pearl,Mississippi Amerika Syarikat,membunuh ibunya dgn memukulnya dgn kayu besbol,menusuk ibunya berkali-kali dgn pisau dan mengelar leher ibunya.Lalu dia pergi ke sekolah dan dgn tenang melepaskan tembakan rambang dgn senapang ke atas rakan2 sekolahnya yg telah mengorbankan dua perempuan dan mencederakan tujuh lainnya.Setelah disiasat,ternyata dia merupakan salah seorang dari ahli kumpulan Black Metal yg memuja syaitan,mengagumi Hitler dan menyeksa binatang.

                                                                  
                                                                       
   Sebenarnya,tak salah kalau kita mendengar lagu2 yg sebegitu tadi.Cuma,janganlah kemaruk sgt sehinggakan kita melanggar undang2 dan norma2 dlm masyarakat terutamanya agama.Sebenarnya,banyak lagi lagu yg mengentengahkan nilai2 murni seperti ABBA,Sudirman,dan P.Ramlee sendiri.Sebelum aku mengundurkan diri,ingatlah,apa yg kita buat sekarang akan mencorakkan diri kita pd masa hadapan.Kalau benda tu baik maka baik lah dia nanti tapi kalau yg sebaliknya,wallahualam.. :)

No comments:

Post a Comment