Tuesday 8 May 2012

Duruzi oh Duruzi


    Apakah lambang nie?mesti ada antara korang yg masih tak tahu kenapa aku letak lambang bintang nie.Sebenarnya lambang ini sangat sinonim dgn satu fahaman yg dikenali sbg Duruzi.Nama Duruzi nie diambil daripada Anushtakin ad-Darazi yang merupakan pendakwah terawal bagi fahaman ini.Puak ini kebanyakannya terdapat di Syria,Lubnan,dan Israel.

                                                       salah sebuah pusat ibadah puak duruzi
                                                                         di Israel
                                           
                                                          tempat ibadah duruzi di Lubnan

        Ada yg berpendapat bahawa puak nie bukan beragama Islam tapi ada jugak yg masih menggangap puak nie Islam.Kenapa ianya terjadi?
                            
                                                                 pengikut fahaman duruzi di
                                                                                Syria

       Puak nie dianggap sebagai sebuah kumpulan sosial dan mazhab agama tapi tidak sebagai sesebuah etnik yg mengamalkan ajaran Islam seperti etnik melanau,bajau dan kedayan.Doktrin fahaman ini juga menegaskan bahawa Tuhan transenden dan wujud di mana beliau berada di atas segala sifat tetapi pada masa yang sama dia hadir.Dalam keinginan untuk mengekalkan pengakuan tegar perpaduan,mereka dilucutkan daripada Allah semua sifat-sifat yg boleh membawa kepada kekufuran.Menurut mereka juga,Tuhan adalah "seluruh kewujudan", bukannya "di atas kewujudan" atau di atas takhta, yang akan menjadikan dia "terhad."Sedangkan dalam Islam atau mana2 agama sekalipun,Tuhan tu berkuasa di atas segalanya.


                                                                        Lelaki Duruzi


       Fahaman ini jugak ada persamaan sikit dgn agama Islam di mana alkohol,rokok,dan memakan daging khinzir adalah diharamkan.Namun begitu,mereka menolak poligami yg bertentangan dengan agama Islam sebaliknya mempercayai adanya penjelmaan semula.Puak ini juga meraikan Hari Raya Aidiladha seperti umat Islam lainnya.Tapi,apa yg benar2 membezakan fahaman ini dengan ajaran Islam adalah melalui rukun2 yg tertera di bawah nie:
                            Rukun Islam
          1)mengucap  dua kalimah syahadah
          2)bersolat lima waktu sehari semalam      
          3)berpuasa di Bulan Ramadhan
          4)menunaikan zakat
          5)menunaikan haji di Mekah bagi yg mampu


                           Rukun bagi fahaman Duruzi
           1) penjagaan
           2)solat
           3)amal
           4)berpuasa
           5)perjuangan
           6)kesucian 
           7)profesi keimanan

                                                                    wanita Duruzi 


             Nampak tak beza dia?jelas2 rukun Islam cuma ada lima tapi diorang boleh ada sampai 7.Jadi,apa yang boleh aku simpulkan di sini bahawa diorang nie memang bukan beragama Islam walaupun ciri2 diorang memang ada yg Islam tapi dari aspek kepercayaan dan keimanan mereka memang dah terkeluar dari ajaran Islam yg sebenarnya.
  
                                                           
                                                       
      Apapun,sebelum menutup topik aku pada hari nie,aku nak mintak maaf kalau ada kata2 aku yg mungkin ada mengguris hati mana2 pihak.Tujuan aku mengetengahkan topik nie bukan nak menghina sesuatu ajaran yg dianuti tetapi sebagai perkongsian ilmu.Akhir kata dari aku,bersatu kita teguh bercerai kita roboh,walau berbeza agama dan kepercayaan,kita tetap makhluk Tuhan yg punya byk kesalahan. Adios...  :)
 

No comments:

Post a Comment