Monday 30 April 2012

Kaca mata sang gembel@pengemis jalanan

 Tengok gambar atas nie,seorang pengemis wanita duduk di depan pagar  cuba mengharapkan ihsan dari  para pelancong yg duduk kat situ.Tapi apa berlaku?diorang buat dek je macam tak wujud  wanita tua tu..apa nak jadi dgn dunia nie pun aku tak tau..tapi tujuan aku di sini bukan nak membela nasib pengemis tua tu atau nak mengkomdem pelancong tersebut.Justeru,inilah hakikat yg berlaku kat dunia kita nie sekarang.Dan tujuan aku menengengahkan topik nie bukan nak berkempem utk Pru-13 nie nanti,aku bukan kemaruk sgt pun nak jadi PM atau wakil rakyat.Lagipun apa guna jadi wakil rakyat yg terlalu taksub nak memajukan negara tapi pengemis yg sebesar gajah kat depan mata pun tak nampak.Baik aku jadi pengemis je yg cuma hidup utk hari nie dan seterusnya dari si pemimpin yg hidup utk berkuasa dan berfikir macam mana nak habiskan duit rakyat.
  Kalau kita melihat dari air muka si pemimpin,kita mesti dapat agak yg diorang memang betul2 nak membantu rakyat seterusnya memajukan negara.Tapi pernahkah kita melihat air muka para pengemis nie dan macam mana mereka nak meneruskan kehidupan nie?Mesti kita tak tahu kan?Yg kita cuma tau diorang nie malas bekerja dan menyusahkan orang ditambah lagi dgn keadaan diorang bau,kotor,dan pakai baju compang-camping.  
      Ok,berbalik kepada topik aku tadi,masa aku kecik dulu,aku selalu berangan-angan nak masok u tapi bila aku dah hbs SPM,tiba2 aku masok fom 6 pulak sedangkan aku tak pnh terpikir pun nak masok,macam tu jugak la dgn pengemis2 yg ada sekarang,diorang tak pernah diberitahu diorang akan menjadi seorang pengemis sedangkan harapan diorang masa kecik tinggi menggunung ibarat Gunung Kilmanajaro kat Afrika.Jadi buat apa kita nak menyisihkan mereka sedangkan hakikatnya kalau kita berada di tempat mereka,kita mungkin akan jadi mcm mereka atau lebih teruk lagi.Setidaknya diorang mendapatkan duit dgn cara yg halal walaupun harus meminta-minta berbanding si gomen@pegawai tinggi kerajaan@swasta yg mendapatkan duit dgn cara yg haram pastu duduk terbaring menjamah nugget KFC sedangkan pengemis2 nie makan nasi berlaukkan ikan kering yg dikutip dari sampah.
      Petanda kemajuan sesebuah negara terletak pada kekayaan yg dimiliki penduduknya.Setidak-tidaknya dengan adanya pengemis dlm sesebuah negara,sekurang-kurangnya dpt menyedarkan kita bahawa jgn riak sgt dgn kekayaan yg dimiliki.Mungkin dengan adanya masalah pengemisan ini,pemimpin dapat melakukan sesuatu untuk mengurangkan beban para pengemis melalui pelbagai cara yg korang leh fikir sendiri.Ini tidak,asal ada masalah je,terus tuding jari kat orang lain.Boleh juga dapat pahala sikit,tak la dosa tu menggunung sgt,yea kan?Sebelum aku selesai mencarut,muhasabahlah diri kita dgn cerminkan diri kita tu sikit,biar orang lain cakap kita nie perasan daripada kita takde perasaan.
 Akhir kata dari aku,majulah bangsa untuk negara dan kpd para pengemis di luar sana,teruslah mengemis selagi rezeki tu halal daripada kita menggadai tubuh dan maruah utk kekayaan yg tidak kekal lama.Adios Amigos..  :)