Thursday 28 June 2012

Keajaiban Hewan

  Tuhan menciptakan hidupan dengan penuh variasi dan kepelbagaian.Namun,kepelbagaian ini tidak hanya terbatas kepada manusia tetapi juga haiwan.Malahan haiwan telah diberikan ciri2 khas yg lain  seperti yg terdapat pada beberapa haiwan di bawah ini :

                                          1)Beruang kutub adalah binatang yg kidal.
                       
                                      
                     2)Kangaru adalah haiwan yg tidak boleh berjalan mengundur.

                                                           
                         3)Memerang mampu bernafas selama 45 minit di dalam air.

                                                        
     4) Tenggiling merupakan haiwan yg malas.Ia menggunakan 80% hayatnya cuma untuk tidur.

                                                               
             5)Mentadak mentadu adalah satu-satunya serangga yg boleh memusingkan kepalanya 360
                darjah.

                                                       
                              6)Belalang mempunyai telinga pada bahagian hadapan kakinya.

                                                               
                7)Sesumpah mempunyai lidah yg panjang.Yang bestnya,panjang lidahnya adalah sama
                   dengan panjang badannya.

                                                                     

        8)Burung belatuk boleh mematuk 20 kali setiap saat tanpa menjejaskan kepalanya kerana
            burung tersebut mempunyai poket udara yg bertujuan untuk melindungi kepalanya.

                                                              
                      9)Kebanyakan ular tidak berhenti membesar.Sebab itulah ia sentiasa bersalin kulit.
                                                             
  10)Burung kelicap adalah burung yg terkecil di dunia.Ia mempunyai berat kurang daripada 1g.
                           
      Berikut tadi adalah beberapa ciri2 khas yg terdapat pada beberapa haiwan.Sebenarnya banyak lagi tapi aku rasa yg ini dah cukup.Kalau ada lagi aku akan update lagi sebagai perkongsian ilmu buat kita semua.Jadi,janganlah pernah merasa malu atau kecik hati jika kita nie berlainan sikit daripada orang lain.Sebenarnya keunikan itulah yg menjadikan kita lebih istimewa.Adios amigos.  :)                                      

Sunday 10 June 2012

Freddie The Queen

     
    Kenal tak korang dgn band nie?lagu2 seperti "Bohemian Rapsody", "Killer Queen", dan "We are the champions" yg masih menjadi siulan ramai hingga sekarang dan mengangkat band nie menjadi sebuah band yg terulung sepanjang zaman.Dan tulang belakang yg telah mengangkat band nie tidak lain tidak bukan Freddie Mercury selaku vokalis band tersebut..Mungkin korang lagi konfuse,takpe,untuk blog aku kali nie,aku akan menceritakan serba sedikit pasal insan seni yg bernama Freddie Mercury.

                                                           
   Freddie atau nama sebenarnya Farrokh Bulsara dilahirkan pada 5 September 1946 di Kepulauan Zanzibar.Beliau sebenarnya berketurunan Parsi.Beliau membesar di sana lalu berhijrah ke India di usia remaja.Ketika usianya lapan tahun,beliau dihantar ibu-bapanya St. Peter's School.Di sekolah tersebutlah beliau mula dikenali sebagai Freddie Mercury.Ketika usia Freddie 17 tahun,beliau dan keluarganya berhijrah ke England atas sebab keselamatan kerana pd ketika itu pejuang revolusi Zanzibar mengarahkan supaya  orang Arab dan Parsi dibunuh.            

                                                               

    Pada April 1970,Fredie menyertai gitaris iaitu Brian May dan pemain drum iaitu Roger Taylor yg sebelumnya di dalam band "Smile",walaupun mendapat banyak tempahan dalam pemberian nama oleh ahli kumpulan,Freddie telah memilih "Queen" sebagai nama band mereka dan nama "Queen" akan terus diguna pakai sehingga sekarang.

                                                           
  Walaupun suara Freddie ketika bercakap hanya di paras baritone,dia menyanyikan kebanyakan lagunya dalam bentuk tenor.Malahan,suaranya boleh mencapai paras F5,iaitu antara  paras tertinggi dalam vokal.Freddie juga dkenali dgn bentuk persembahannya yg  berbentuk teatrikal dan penuh dgn kejutan.Antara persembahan  Freddie dan band The Queen yg paling diingati ialah semasa mereka mengadakan konsert di Live Aid pada tahun 1985 di mana 72000 peminat di dalam bertepuk tangan, bernyanyi seperti dipukau sesuatu.Persembahan The Queen pada konsert tersebut telah diundi oleh sekumpulan eksekutif muzik sebagai salah satu persembahan pentas paling terhebat oleh band muzik.

                                                             
   
                                                            
  Sepanjang hidupnya,Freddie telah terlibat dgn beberapa hubungan.Antaranya dgn Mary Austin dan Jim Hutton,seorang penggaya rambut yg disahkan menghidap HIV positive.Mereka tinggal bersama selama 6 tahun,Hutton jugalah yg selama ini menjaga dan merawat Freddie ketika Freddie sakit sehingga dia menghembuskan nafas yg terakhir akibat penyakit AIDS.Pada 27 November,jenazah Freddie Mercury telah dilaksanakan mengikut upacara Zoroster oleh kerana beliau beragama Zoroster atau Majusi (menyembah api).

                       
       Walaupun kematian Freddie nie sungguh tragis.Namun, jasanya dalam bidang muzik tidak mungkin akan dilupakan bukan hanya rakan2 seperjuangannya tetapi juga anak2 muda yg ingin berkecimpung dalam dunia muzik.Perjalanan untuk menjadi seorang bukanlah senang seperti yg dilalui oleh Freddie Mercury. :)                             
         

Wednesday 30 May 2012

Kenali Muzik Anda

             Sedang kita berjalan di shopping  mall,duduk kat library,tunggu bas,malah kencing kat dalam tandas,pasti kita akan nampak beberapa atau ramai budak2 remaja malahan yg dewasa sekalipun sedang khusyuk mendengar muzik sehinggakan diorang tak aware dgn apa yg berlaku kat sekeliling diorang.Inilah fenomena yg berlaku kat dunia kita sekarang.Dari segi luaran,benda nie kelihatan harmless kalau dilihat dari luaran.Tapi,percayalah apa yg muzik boleh lakukan kpd seseorang.

            Kumpulan terlaris,Metallica dalam lagunya yg bertajuk "Jump Into The Fire" mengarahkan anak muda untuk terjun ke dalam neraka.Antara lirik berikut yg telah aku terjemah dlm bahasa Melayu berbunyi seperti berikut "Ikutilah aku anakku,lakukan apa yg aku suruh,terjunlah atas kemahuanmu atau aku akan menyuruhmu dgn paksa".Selain itu,dalam lagu mereka yg bertajuk "The Prince",lirik yg mereka nyanyikan adalah seperti berikut "Malaikat dari bawah,aku ingin menjual jiwaku,syaitan,ambillah jiwaku.Dengan berlian sebagai pampasanmu,aku sudah tidak peduli akan syurga,dan aku akan membakar dalam neraka dari hari aku mati".

                                                                     
                                                                   
                                                               
    Lagu Death Metal pula mempunyai lagu2 yg mempunyai unsur keganasan,pembunuhan,penyeksaan,
pemerkosaan,kanibalisme,perpecahan dan kekacauan.Ada juga dalam kalangan mereka yg mengagumi Tuhan Pagan dan Nazisme.Sebagai contoh,kumpulan Deicide mempunyai lagu yg berkaitan dgn keseronokan membunuh Jesus.Ada juga yg terlalu fanatik akan lagu death metal nie sehinggakan mereka sanggup membunuh.Pada bulan Oktober thn 1997,Luke Woodham dari Pearl,Mississippi Amerika Syarikat,membunuh ibunya dgn memukulnya dgn kayu besbol,menusuk ibunya berkali-kali dgn pisau dan mengelar leher ibunya.Lalu dia pergi ke sekolah dan dgn tenang melepaskan tembakan rambang dgn senapang ke atas rakan2 sekolahnya yg telah mengorbankan dua perempuan dan mencederakan tujuh lainnya.Setelah disiasat,ternyata dia merupakan salah seorang dari ahli kumpulan Black Metal yg memuja syaitan,mengagumi Hitler dan menyeksa binatang.

                                                                  
                                                                       
   Sebenarnya,tak salah kalau kita mendengar lagu2 yg sebegitu tadi.Cuma,janganlah kemaruk sgt sehinggakan kita melanggar undang2 dan norma2 dlm masyarakat terutamanya agama.Sebenarnya,banyak lagi lagu yg mengentengahkan nilai2 murni seperti ABBA,Sudirman,dan P.Ramlee sendiri.Sebelum aku mengundurkan diri,ingatlah,apa yg kita buat sekarang akan mencorakkan diri kita pd masa hadapan.Kalau benda tu baik maka baik lah dia nanti tapi kalau yg sebaliknya,wallahualam.. :)

Monday 21 May 2012

Apakah agamaku?

                 Korang kenal tak sapa dalam gambar nie?Mesti korang fikir aku akan bercerita pasal org dalam gambar nie kan?Takdela,sebenarnya tujuan aku meletakkan gambar lelaki nie sebab dia adalah antara org kuat bagi ajaran yg satu nie.Ok la aku bagitau la ckit pasal org yg kt dlm gambar nie,nama dia ialah Imam Ayatollah Ali Khomeini,berasal dari Iran dan merupakan tulang belakang dalam Revolusi Iran thn 1979.Beliau beragama Islam Syiah.Ya,Islam Syiah!Selama nie korang mesti ingat islam tu cuma islam je.Tapi kali nie aku akan bercerita ckit pasal sebuah ajaran yg dikenali sebagai Syiah.

                                              
             Nampak tak nama tempat yg berwarna merah tu?Tempat yg ditandakan merah tu merupakan kubu kuat penganut ajaran Syiah.Antara tempat tersebut ialah Iran,Iraq,Azerbaijan,Yemen,Lubnan.Pendek kata ajaran nie kebanyakannya berada di kawasan Timur tengah (Arab).Kalau diikutkan sebelom kewafatan Baginda Rasulullah S.A.W, ajaran nie memang tak wujud,tapi lepas Baginda wafat,barulah ajaran nie muncul.Nak tau kenapa ajaran nie tiba2 muncul,kita kembali selepas ini... :p                                
                                                                 
                       Wanita2 Syiah                                                              









                                                                                         Para2 lelaki Syiah sedang berdoa

           Korang perasan tak dengan cara pemakaian mereka?Inilah yg membezakan penganut Syiah dan penganut Sunnah.Penganut Syiah lebih cenderung untuk mengenakan pakaian yg serba hitam terutama di kawasan Timur tengah.Inilah cara mereka membezakan diri mereka dgn penganut2 yg lain.Kalau yg tu pasal penampilan mereka,sekarang aku akan menceritakan serba sedikit apa yg membezakan ajaran Syiah dgn ajaran Sunni (kita amalkan).






Karbala,Iraq (tempat suci bg penganut Syiah)


                                                         











                                                                
             Bandar Qom,Iran (pusat kegiatan Syiah)



  Antara ciri2 ajaran Syiah yg membezakan mereka dgn penganut Sunnah ialah:
 1)Menghalalkan Perkahwinan Mut'ah (kontrak) yg diharamkan sama sekali.
 2)Menambah nama Saidina Ali dlm Syahadah
 3)Mengkafirkan sahabat Rasulullah S.A.W
 4)Menyeksa tubuh badan dgn rantai sempena  10 Muharram
 5)Menghina isteri2 Rasullulah S.A.W
 6)Menyanjungi Saidina Ali secara keterlaluan
 7)Menolak hadis yg diriwayatkan Ahli Sunnah wal Jamaah

         




 Inilah antara bentuk penyeksaan mereka ketika merayakan
10 Muharram iaitu hari memperingati kematian cucu Rasullulah S.A.W
iaitu Saidina Hussein.Malah,kanak2 juga tidak terkecuali dlm penyeksaan diri nie.
          kalau ye pun nak memperingati kematian cucu Rasullulah S.A.W. , tak perlulah nak menyeksa diri camtu.Islam tak pernah mengajar kita utk menganiaya diri sendiri.Contohilah mereka yg di bawah nie:   







                                                                       Berzikir

                                               
                                                                      Bersolat

                                                                    Membaca Al-Quran


        Akhir kata,dgn mklumat yg tak seberapa nie,sekurang-kurangnya kita dah boleh membezakan mana yg namanya Sunni dan mana yg namanya Syiah.Bukannya aku cakap Syiah nie bukan Islam,ada jugak beberapa ciri Syiah yg sama dgn Sunni seperti Rukun Islam dan Rukun Iman.Cuma,mungkin bagi aku cara dan iktikad mereka agak keterlaluan yg boleh membawa kpd kesesatan.So,berhati-hatilah dgn mereka yg cuba nak menyebarkan ajaran ini sebab kita nie memang dilahirkan Sunni dan biarlah kita meninggal dalam keadaan Sunni.Wallahualam.  :)

Tuesday 15 May 2012

Anak Iblis Mencari Syaitan

                Seram tak hantu kat atas nie?Bukan setakat menakutkan, dalam bentuk 3D pulak tu.Bila bercakap pasal hantu nie,pelbagai respon yg kita akan dapat,ada yg kecut perut,berani,buat2 takut,yg buat2 berani pun ada jugak.Itulah respons yg kita akan dapat apabila berbicara pasal hantu nie.Mungkin menurut korang hantu nie adalah sejenis makhluk alam ghaib yang wujud dalam alam yang berlainan dengan alam fizikal manusia.Tapi bg aku personally,hantu nie sebenarnya membawa banyak maksud yg konkrit ataupun abstrak.

                                             Hantu di negara barat,seram kan? (tgn atas bahu)

                                       Nie pulak hantu yg terdapat kat negara Timur,cth Malaysia
                                                                   dan Indonesia

                     Nah,tu antara contoh hantu2 yg terdapat di negara barat dan timur.Mereka ada cara mereka tersendiri  bagaimana nak mentafsirkan hantu2 nie dari segi rupa,kewujudan,latar belakang,dan kuasa yg ada pada hantu tersebut.Kebanyakan daripada negara barat mentafsirkan bahawa hantu nie wujud daripada roh yg penasaran (x tenteram).Namun,di negara timur tak semua hantu wujud drpd roh yg penasaran.Ada jugak hantu yg terdiri daripada bangsa jin atau makhluk halus contohnya Genderuwa yg terkenal di Indonesia.

                                                  Genderuwa (badan bulu tu, in case korang tak tahu)



                                                                 Kuntilanak@pontianak
     
   
          Kalau yg tadi tu adalah hantu yg wujud melalui roh penasaran atau drpd jin2,yg nie pulak adalah hantu yg diciptakan Tuhan dari tanah yg kita selalu nampak dalam kehidupan kita seharian.



                                                         penagih dadah@vampire

                                                              perompak@toyol
 


                    
                                                           Mat rempit@pelesit




  Inilah dia jenis2 hantu yg diciptakan Tuhan daripada tanah menurut aku.Salah satu sebab mengapa aku meletakkan tajuk "anak iblis mencari syaitan" sebab diorang nie memang sengaja mencari sesuatu yg sangat disukai syaitan.Bagi aku,hantu nie sebenarnya berbahaya kepada kita semua berbanding dgn hantu2 yg original sebab kalau yg original,kita baca sikit ayat kursi diorang kompem mati tp kalau hantu2 yg nie,kau baca ayat kursi beratus-ratus kali pun blom tentu diorang akan insaf,maklumlah hati masing2.


            Tuntasnya,tak semua hantu dalam dunia nie jahat,ada jugak yg baik.Contohnya,Casper nie,tapi tu mmg mustahil la sebab hakikatnya hantu2 kat dunia  nie mmg jahat termasuklah hantu yg pakai mykad (manusia).Pendek kata,hantu kat dunia pelbagai,dan terpulang kat korang semua nak menilai mereka macam mana.Akhir kata dari aku,kalau nak takut pn dengan hantu,jgn la sampai berlebihan sekali sebab ada lagi yg korang perlu takutkan iaituTuhan Yang Maha Esa.Adios :)
  

                                                                                              

Tuesday 8 May 2012

Duruzi oh Duruzi


    Apakah lambang nie?mesti ada antara korang yg masih tak tahu kenapa aku letak lambang bintang nie.Sebenarnya lambang ini sangat sinonim dgn satu fahaman yg dikenali sbg Duruzi.Nama Duruzi nie diambil daripada Anushtakin ad-Darazi yang merupakan pendakwah terawal bagi fahaman ini.Puak ini kebanyakannya terdapat di Syria,Lubnan,dan Israel.

                                                       salah sebuah pusat ibadah puak duruzi
                                                                         di Israel
                                           
                                                          tempat ibadah duruzi di Lubnan

        Ada yg berpendapat bahawa puak nie bukan beragama Islam tapi ada jugak yg masih menggangap puak nie Islam.Kenapa ianya terjadi?
                            
                                                                 pengikut fahaman duruzi di
                                                                                Syria

       Puak nie dianggap sebagai sebuah kumpulan sosial dan mazhab agama tapi tidak sebagai sesebuah etnik yg mengamalkan ajaran Islam seperti etnik melanau,bajau dan kedayan.Doktrin fahaman ini juga menegaskan bahawa Tuhan transenden dan wujud di mana beliau berada di atas segala sifat tetapi pada masa yang sama dia hadir.Dalam keinginan untuk mengekalkan pengakuan tegar perpaduan,mereka dilucutkan daripada Allah semua sifat-sifat yg boleh membawa kepada kekufuran.Menurut mereka juga,Tuhan adalah "seluruh kewujudan", bukannya "di atas kewujudan" atau di atas takhta, yang akan menjadikan dia "terhad."Sedangkan dalam Islam atau mana2 agama sekalipun,Tuhan tu berkuasa di atas segalanya.


                                                                        Lelaki Duruzi


       Fahaman ini jugak ada persamaan sikit dgn agama Islam di mana alkohol,rokok,dan memakan daging khinzir adalah diharamkan.Namun begitu,mereka menolak poligami yg bertentangan dengan agama Islam sebaliknya mempercayai adanya penjelmaan semula.Puak ini juga meraikan Hari Raya Aidiladha seperti umat Islam lainnya.Tapi,apa yg benar2 membezakan fahaman ini dengan ajaran Islam adalah melalui rukun2 yg tertera di bawah nie:
                            Rukun Islam
          1)mengucap  dua kalimah syahadah
          2)bersolat lima waktu sehari semalam      
          3)berpuasa di Bulan Ramadhan
          4)menunaikan zakat
          5)menunaikan haji di Mekah bagi yg mampu


                           Rukun bagi fahaman Duruzi
           1) penjagaan
           2)solat
           3)amal
           4)berpuasa
           5)perjuangan
           6)kesucian 
           7)profesi keimanan

                                                                    wanita Duruzi 


             Nampak tak beza dia?jelas2 rukun Islam cuma ada lima tapi diorang boleh ada sampai 7.Jadi,apa yang boleh aku simpulkan di sini bahawa diorang nie memang bukan beragama Islam walaupun ciri2 diorang memang ada yg Islam tapi dari aspek kepercayaan dan keimanan mereka memang dah terkeluar dari ajaran Islam yg sebenarnya.
  
                                                           
                                                       
      Apapun,sebelum menutup topik aku pada hari nie,aku nak mintak maaf kalau ada kata2 aku yg mungkin ada mengguris hati mana2 pihak.Tujuan aku mengetengahkan topik nie bukan nak menghina sesuatu ajaran yg dianuti tetapi sebagai perkongsian ilmu.Akhir kata dari aku,bersatu kita teguh bercerai kita roboh,walau berbeza agama dan kepercayaan,kita tetap makhluk Tuhan yg punya byk kesalahan. Adios...  :)